- Beriman bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan pembawa cahaya kebenaran.
- Bercita-cita untuk bertemu dengan Baginda dan khuatir jika tidak dapat bertemunya.
- Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya. Orang yang mencintai seseorang, maka akan mentaatinya walaupun nyawa jadi galang gantinya.
- Menolong sunnahnya, mengamalkan, menyebarkan, membela dan memperjuangkannya.
- Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW.
- Berakhlak dengan akhlak Baginda dan beradab dengan adabnya.
- Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.
- Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda serta mengetahui keadaan dan berita berkaitan Baginda.
Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh.
Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran cinta kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal salih.
Saling mencintai kerana Allah mempunyai hak yang harus ditunaikan antaranya membantu memenuhi keperluan saudaranya dan menolong pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita.
Sentiasa mendoakan saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak sombong dan tinggi diri. Jalinan seorang Muslim dengan Muslim lain dibangun atas landasan cinta kepada Allah.
Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Baginda mengenai tujuh golongan yang akan dinaungi Allah antaranya: “Dua orang yang saling menyintai kerana Allah, berkumpul kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya.”