WELC0ME TO MY BLOG

"TO LOVE SOMEONE IS NOTHING,
TO BE LOVED BY SOMEONE IS SOMETHING,
TO BE LOVED BY SOMEONE YOU LOVE IS EXCITING,BUT....
TO BE LOVE BY ALLAH IS EVERYTHING!!!"
“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

Friday, November 5, 2010

SLOT KEINSAFAN...

" Apabila seseorang hamba lazim mengingati balasan yang akan diterima olehnya pada hari yang dijanjikan ALLAH s.w.t pasti mereka akan lebih bersedia menghadapi janji-janji-Nya yang benar. Inilah satu-satunya jalan bagi pembukaan kepada hidayah dan pimpinan daripad-Nya."

" Maqasid ibadat bukan semata-mata menggerakkan anggota zahir sahaja tanpa mesti ada kesan pada batin.
Apa yang dikehendaki dalam ibadat ialah satu amalan hati, lambang kepatuhan, tunduk dan khusyuk kepada Allah Taala. Inilah dikatakan roh ibadat. "

" Usia umpama harta... bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkatannya. Harta yang berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian." 

" Betapa ramainya orng Isalm yang mengukur kesederhanaan Islam mengikut "kesederhanaan" nafsu, bukan lagi merujuk kepada sejarah pengalaman Islam oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang merujuk kepada kesederhanaan wahyu! "


" Abu Talib walaupun tidak memeluk Islam, dia merupakan seorang yang amat menyayangi Rasulullah s.a.w. Dia tidak pernah jemu untuk melindungi anak saudaranya yang membawa satu ajaran baru pada ketika itu walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada pembesar Quraisy yang lain."

KOLEKSI MUTIARA KATA

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperoleh dalam keadaan sedar atau tidak"

" Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun . Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

" Jangan lihat apa yg kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yg belum kamu selesaikan "

" Tiada sesiapa yg paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yg bodoh itu boleh menjadi  pandai "

Mujahadah Melawan Nafsu

Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sangat kita sukai.
Apabila sesuatu itu sangat kita cintai, kita akan menjadi buta lalu kejahatn dilihat baik.
Malah, kita akan menjadi hamba kepada apa yang kita cintai....