" Maqasid ibadat bukan semata-mata menggerakkan anggota zahir sahaja tanpa mesti ada kesan pada batin.
Apa yang dikehendaki dalam ibadat ialah satu amalan hati, lambang kepatuhan, tunduk dan khusyuk kepada Allah Taala. Inilah dikatakan roh ibadat. "" Usia umpama harta... bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkatannya. Harta yang berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian."
" Betapa ramainya orng Isalm yang mengukur kesederhanaan Islam mengikut "kesederhanaan" nafsu, bukan lagi merujuk kepada sejarah pengalaman Islam oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang merujuk kepada kesederhanaan wahyu! "
" Abu Talib walaupun tidak memeluk Islam, dia merupakan seorang yang amat menyayangi Rasulullah s.a.w. Dia tidak pernah jemu untuk melindungi anak saudaranya yang membawa satu ajaran baru pada ketika itu walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada pembesar Quraisy yang lain."
No comments:
Post a Comment